Iklan ini berguna tapi berjayakah semua???
5:37:00 PM
Posted by Lelaki Gemuk

Slm tahun baru semua...da tak lama kan???Tinggal satu hari saja lagi dan kita akan melangkah ke tahun 2010...Tak banyak yang berlaku ketika 2009 berbanding dengan 2006-2008...memori yang sangat banyak ketika bergelar student Politeknik dan sekarang menjadi graduan politeknik yang masih mengganggur...tak perlu panjang cerita pasti ada yang dah tahu apabila melihat entry-entry sebelum ini....
Pernah dengar blog kerja-kerjaan/malaysian career???banyak masa diluangkan serta siap subscribed lagi via email bagi mendapatkan kerja-kerja terkini yang berkaitan dengan kos yang diambil atau pon yang berpadanan walau tak ada kene mengena....mencuba nasib lah katakan....
JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn.
Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.
Agak Terkilan bila tengok iklan dia cakap dia habis saja study means graduate atau blom konvo terus je isi butiran diri kat jobsmalaysia dan dapat kerja???kalau begitu takda lah mereka yang bernama "penanam anggur" kan???Entahlah...mungkin kerja yang aku mintak takda kekosongan atau tak "layak" lagi kot....!
P/s :risau dan bimbang nasib pada masa yang akan datang...azam tahun depan mungkin kerja di mana-mana saja...jusco??giant??ada cadangan lebih baik??
Diperlukan Tetapi Terhad
3:50:00 PM
Posted by Lelaki Gemuk
Dan di sebabkan situasi di atas yang tidak lama lagi lah maka genaplah 6 bulan aku bergelar sebagai graduan yang berstatus pengganggur...Bukan tak pergi cari kerja..macam-macam tempat-tempat yang memang memerlukan kepakaran aku dah pergi hantar resume...Nasib baik akan dipanggil interview kemudiannya sampai sekarang takda satu pon yang sangkot.Permulaannya mungkin takda rezeki....Tapi lama kelamaan aku mula sedar bahawa sejak berlakunya kejatuhan dalam sektor elektrik/elektronik memang agak susah untuk graduan seperti aku nak dapat kerja...Banyak usaha-usaha kerajaan bagi membolehkan kami memohon kerja seperti di ruangan jobmalaysia,spp dan dll..

Perlu disedari bahawa permintaan memang ada tapi kekosongan sangat terhad.tidak semua akan dapat bekerja dan seterusnya bak lirik lagu Meet Uncle Hussein - ijazah sekadar gantung di dinding sahaja.Terpaksa bekerja dalam bidang yang tiada kaitan dengan tahap pendidikan....sampai bila mesti menunggu..menunggu...dan menunggu...!
Tahap Pelajaran kadangkala menjamin masa depan
8:47:00 AM
Posted by Lelaki Gemuk
Kontroversi kan tajuk entri nih....Jangan berhenti membaca, memang ada kaitan dengan tajuk di atas bukan sekadar tajuk untuk memancing trafik semata-mata bak kata Topotato - blog hijau . Terlalu lama berfikir arah tuju blog ini sebab blog yang lagi satu pon ada sedikit berkisar mengenai personal tetapi hanya lah sekadar persoalan bukan mengenai kehidupan seharian. (satu blog je mane boleh dapat earning banyak kan).
Kenapa aku buat tajuk macam tu??Mesti sape-sape boleh teka ape sebenarnya yang aku katakan?
Mungkin ada yang fikir aku mengutuk atau menghina tahap pendidikan sesiapa sahaja yang berada pada peringkat yang rendah atau terbawah.Mungkin ada yang fikir aku nih rasa bangga sangat dengan tahap pendidikan aku (diploma je). Mungkin jugak fikir aku cume anggap orang yang ada pendidikan sahaja yang berjaya dalam hidup??? Salah sebenarnya semua tanggapan-tanggapan standart itu....
Kejayaan seseorang biasenya memang berdasarkan tahap pendidikan tapi tak semua orang pandai dari segi pendidikan.Ada juga yang menggunakan pengalaman hidup sebagai arah menuju kejayaan.Aku sendiri pon sampai sekarang masih tak mendapat tempat di mana-mana sektor kerajaan atau swasta.Position memang ada tapi kekosongan terhad.Nak buat macam mana...tunggu jelah....Kata-kata aku di atas ini juga disokong oleh artis ini.Lihat pada link tersebut di bawah tajuk "pandai dari segi buku atau pengalaman".... Komen Lisa Surihani .
Snap-snap pic : breakfast hari ini
Teh Clenx Tea - Membuang toksin da lemak dalam badan.Tak tau toksin?Google lah ye
Pertama skali kene kuarkan dari paket...Takkan nak rendam dengan paket kot...Gunakan gelas minum seperti standart di atas...Lebih mujarab....jangan tamak dengan menggunakan gelas berbentuk besar seperti di gerai mamak...
Rendam dalam cawan/gelas tadi dengan air panas serta mendidih...Jangan guna air panas yang dah tak panas....sure khasiat teh tak menjadi sangat.Pada meraka yang biasa minum teh dengan gula diingatkan bahawa teh ini tidak perlu letak mende tuh.Pahit pon pahit la...Kan "Pahit itu ubat,manis itu penyakit"..
Last sekali, supaya tahap kepanasan teh ini jangka panjang (long lasting ek?) tutup lah dengan penutup plastik (rembat abg pnyer) atau ape-ape sahaja penutup (pkai jenis besi lagi bgs)....Teh ini paling nikmat di minum selepas makan pagi atau tengahari bergantung pada tahap pemakanan anda(tahap lagi).....jangan tertipu dengan iklan sebentar roti dan makanan ikan(eh terselit jugak).....Sarapan yang betul adalah seperti di bawah....
selamat hari isnin dan sarapan dulu yek.....




