Kenapa sampai sekarang aku masih mengganggur???



Semakin lama jika dihitung hari demi hari dah tak lama lagi akan tamat tahun 2009...Tapi ini bukan entry untuk sambut tahun baru...tak payahlah sambut sekadar tengok tv suda...nak pi buat parti private lah, clubbing lah, main buih dan mende-mende yang memang takda pekdah tup-tup perut terus ada isi....Harap maaf bagi yang terasa...

Dan di sebabkan situasi di atas yang tidak lama lagi lah maka genaplah 6 bulan aku bergelar sebagai graduan yang berstatus pengganggur...Bukan tak pergi cari kerja..macam-macam tempat-tempat yang memang memerlukan kepakaran aku dah pergi hantar resume...Nasib baik akan dipanggil interview kemudiannya sampai sekarang takda satu pon yang sangkot.Permulaannya mungkin takda rezeki....Tapi lama kelamaan aku mula sedar bahawa sejak berlakunya kejatuhan dalam sektor elektrik/elektronik memang agak susah untuk graduan seperti aku nak dapat kerja...Banyak usaha-usaha kerajaan bagi membolehkan kami memohon kerja seperti di ruangan jobmalaysia,spp dan dll..


Perlu disedari bahawa permintaan memang ada tapi kekosongan sangat terhad.tidak semua akan dapat bekerja dan seterusnya bak lirik lagu Meet Uncle Hussein - ijazah sekadar gantung di dinding sahaja.Terpaksa bekerja dalam bidang yang tiada kaitan dengan tahap pendidikan....sampai bila mesti menunggu..menunggu...dan menunggu...!