Slm tahun baru semua...da tak lama kan???Tinggal satu hari saja lagi dan kita akan melangkah ke tahun 2010...Tak banyak yang berlaku ketika 2009 berbanding dengan 2006-2008...memori yang sangat banyak ketika bergelar student Politeknik dan sekarang menjadi graduan politeknik yang masih mengganggur...tak perlu panjang cerita pasti ada yang dah tahu apabila melihat entry-entry sebelum ini....

Pernah dengar blog kerja-kerjaan/malaysian career???banyak masa diluangkan serta siap subscribed lagi via email bagi mendapatkan kerja-kerja terkini yang berkaitan dengan kos yang diambil atau pon yang berpadanan walau tak ada kene mengena....mencuba nasib lah katakan....


JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn.

Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.



Agak Terkilan bila tengok iklan dia cakap dia habis saja study means graduate atau blom konvo terus je isi butiran diri kat jobsmalaysia dan dapat kerja???kalau begitu takda lah mereka yang bernama "penanam anggur" kan???Entahlah...mungkin kerja yang aku mintak takda kekosongan atau tak "layak" lagi kot....!


*Sila klik gambar untuk lebih jelas*




P/s :risau dan bimbang nasib pada masa yang akan datang...azam tahun depan mungkin kerja di mana-mana saja...jusco??giant??ada cadangan lebih baik??