HUBUNGAN intim dalam perkahwinan dapat mengeratkan silaturahim antara
pasangan jika hubungan itu selesa, mesra dan menyeronokkan. Oleh itu lakukan
sentuhan intim yang dapat menimbulkan keseronokan isteri.

Pastikan ereksi disalurkan apabila isteri bersedia dan bukan sebelum itu.
Isteri perlu memberi isyarat yang dia bersedia untuk hubungan seksual
penetrasi dan suami pastikan gerakan dilakukan secara terkawal atau mengikut
tertib.

Banyak buku panduan mengenai persetubuhan sudah lama wujud sebagai rujukan
seperti ‘Kamasutra’ oleh pendita India, Vatsayana, buku bertajuk ‘Kebun
Harum’ atau ‘Perfume Garden’ oleh ahli falsafah Islam, Sheikh Nefzawi, dan
yang terbaru ‘The Joy of Sex’ oleh Alex Comfort.


Buku ini mampu memberi pembaca panduan mengenai cara dan gaya bersetubuh,
termasuk cara memulakannya. Panduan jimak dalam Islam juga diketengahkan
oleh Imam Al-Suyuti dan Al-Nawawi.

Malah, Rasulullah SAW menjelaskan, jimak itu ibadah dan ada tertibnya,
termasuk kebersihan badan dan adab bersetubuh. Secara tertibnya, suami perlu
melakukan belaian dan sentuhan supaya isteri bersedia menerima kemasukan
zakar ke dalam faraj. Jika suami tidak melakukan itu dan masuk tanpa isteri
bersedia, si suami dilaknati Tuhan.

Jadi hubungan seksual dalam pandangan Islam adalah satu ibadah dan
tanggungjawab yang perlu dimanfaatkan oleh pasangan, sekali gus mustahak
untuk mereka berusaha menjayakannya.

Mungkin tips untuk memulakan hubungan keintiman seksual bermula dengan
pasangan dalam keadaan selesa dan mesra. Mereka boleh mulakan dengan
sentuhan dan belaian sambil melakukan kucupan dan sentuhan erotik ke
bahagian tubuh yang merangsangkan.

Dalam keadaan terangsang, tentu suami mencapai ereksi dan isteri mengalami
kelembapan anggota sulit. Dalam keadaan bersedia, lebih mudah untuk suami
dan isteri memainkan fungsi masing-masing dengan lebih lancar.

Jika isteri cemas atau ‘seriau’ (bimbang), dia tidak dapat mengawal faraj
dan sukar untuk suami mendekatinya kerana faraj dalam keadaan kemut. Keadaan
ini dikenali sebagai ‘vaginismus’.

Jika suami terpancut awal, pastikan dia dapat mengulangi hubungan seksual
itu kemudian kerana kemungkinan ejakulasi cepat berlaku kali kedua jarang
berlaku.

Isteri jangan rasa tertekan jika suami masih gagal mengawal daya saraf untuk
mengelak ejakulasi cepat. Mungkin apabila sensitiviti anggota kemaluannya
dapat dikurangkan, lama-kelamaan suami dapat memanjangkan sentuhan intim itu
dan dapatlah isteri menikmati kepuasan.

Paling penting, hubungan intim perlu mengikut tertib atau adab kerana bukan
hanya mengikut kehendak agama, tetapi juga mampu membantu pasangan itu
mencapai klimaks dan memuaskan hati ketika hubungan.


P/s : Fakta sahaja...berguna dan harus di amalkan bagi yang sudah berkahwin atau akan berkahwin.