Fahrin Ahmad....Ramai yang kenal dengan nama lelaki ini...ramai juga wanita di luar sana yang menggilainya kerana rupa paras serta badan yang besar dan berotot...kita juga sedia maklum dengan kisah cinta fahrin yang bermula dengan DJ Radio dan juga pengacara sehati berdansa yang memang dikenali ramai Linda Onn....Hubungan cinta mereka tidak berkekalan lama dan putus di tengah jalan...

Fahrin selepas itu pula mula muncul dalam Drama Awan Dania siri 1 yang digandingkan dengan scha al-yahya yang juga merupakan watak utama dalam drama bersiri itu..nama scha al-yahya mula dikenali ramai selepas drama itu dan juga gosip percintaan dengan fahrin ahmad dan seterusnya menghebahkan hubungan mereka kepada media...namun hubungan itu juga tidak berkekalan..sebab apa dan kenapa memang menjadi tanda tanya....


Mungkin ramai beranggapan Fahrin merupakan punca putusnya hubungan tersebut.Ada desas-desus Fahrin Ahmad memukul scha al-yahya...dan juga baru-baru ini apabila scha al-yahya dan linda onn berdamai dan bersatu keluarlah satu kenyataan oleh linda onn sendiri dalam akhbar yang menyatakan bawah Fahrin Ahmad adalah "pembuli"...benarkah perkara ini???

Sebab itulah Fahrin bertegas ingin menyaman linda onn..dan membuka peluang kepada linda onn untuk memohon maaf serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkan dalam masa lima hari...Dalam sidang akhbar agak tersentuh apabila fahrin menangis dan bertanya "adakah saya ini kaki pukul"...apa perasaan anda apabila mak yang sakit di hospital di datangi orang yang ingin menanyakan "anak mak cik kaki pukul ker?"...pasti bertambah sakit kan mak Fahrin Ahmad...

Jadi ternyata di sini titisan air mata Fahrin itu bukanlah suatu lakonan walau aku tahu ko kerja sebagai pelakon...memang natural...tak dapat menahan rasa sedih dalam hati yang telah lama terbuku....pada linda onn sekiranya betul fahrin ahmad seorang yang begitu seperti anda nyatakan "tunjukkan buktinya"...!




P/s : tunggu dan lihat kebenaran yang sebenarnya.