Sebut saja nama Tiz Zaqyah pasti ramai yang mengenali orangnya...dengan pakej wajah yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja..bukan kerana kecantikan yang ada pada dirinya sahaja tetapi juga kesan dari lakonan yang terbaik ketika memegang watak Nur Amina dalam drama bersiri arahan Khabir Bhatia, Nur Kasih. Sambutan yang agak hebat terhadap drama ini yang bukan sahaja dibintangi oleh Tiz Zaqyah juga Jalaludin Hassan, Remy Ishak, Fiz Fairuz dan Ummi Nazeera...

Watak Nur Amina yang memang memukau dengan kesopanan dan juga penuh dengan nilai-nilai gadis melayu ini membuatkan penonton merasakan Tiz Zaqyah juga mungkin dalam sifat yang begitu.


Tapi itu hanya dalam dunia lakonan, di luar Tiz Zaqyah tidaklah seteruk mana yang dikatakan di dalam media berkaitan cara hidup yang mungkin agak moden dan kadangkala berlainan dengan watak Nur Amina...Itulah diri dia di luar dunia lakonan...selagi tidak melanggar apa yang disuruh dan di larang agama sudah di kira terbaik..

Cuma baru-baru ini kecoh apabila ada yang mendakwa Tiz Zaqyah menghisap rokok di set penggambaran serta siap memberikan lokasi tempat kejadian secara terperinci..Cuma kekurangan bukti sekiranya hanya kata-kata sahaja dikeluarkan tanpa sebarang gambar atau bukti dari saksi sendiri yang untuk muncul dan menyatakan kebenarannya...


Begitulah dunia artis... 






P/s : muka mu suci je dari jauh.....