Markas melepaskan nafsu warga asing
12:09:00 PM
Posted by Lelaki Gemuk
Apa nak jadi???Mereka datang ke Malaysia pada mulanya untuk mencari rezeki yang lebih banyak di Malaysia supaya boleh dihantar kepada keluarga di negara asal mereka....tapi semakin lama mereka semakin berani melakukan sesuatu yang menjadi rutin mereka di negara asal ketika berada dalam jangka yang agak lama di sini.
Tanpa memikirkan perasaan serta sikap menghormati rakyat tempatan golongan warga asing ini makin galak dan secara terang-terangan melanggan pelacur serta menjadikan sebuah rumah sebagai markas untuk melampiaskan nafsu serakah mereka itu...???adakah kita perlu berdiam diri???
Rakyat asing langgan pelacur di Taman Terendak Permai
SUNGAI UNDANG: Segelintir rakyat asing dipercayai menjadikan rumah sewa mereka di Taman Terendak Permai, di sini, sebagai tempat untuk melepaskan nafsu dengan melanggan wanita Indonesia sejak beberapa bulan lalu.
Tanpa segan silu selain tidak menghormati sensitiviti penduduk, pekerja buruh dari Bangladesh yang dipercayai bekerja di sebuah loji penapisan minyak berhampiran taman perumahan terbabit dikesan sering melakukan perbuatan terkutuk itu seolah-olah kawasan berkenaan dikuasai mereka.
Golongan 'Mat Bangla' yang melakukan perbuatan jijik itu dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Bekas tentera, Idris Jaafar, 45, berkata sekumpulan wanita menawarkan perkhidmatan mereka pada waktu siang seawal jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.
"Berdasarkan pemerhatian saya, wanita Indonesia ini datang bersendirian dengan berjalan kaki ke rumah sewa berkenaan untuk memberikan perkhidmatan.
"Sebelum memasuki rumah sewa pekerja Bangladesh itu, dia akan memerhatikan keadaan sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa mengesyaki perbuatannya itu," katanya ketika ditemui.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pegawai waran di Kem Terendak, Sungai Udang menggesa perkara itu diberi perhatian sewajarnya daripada semua pihak kerana bimbang gejala itu berleluasa kerana kawasan perumahan berkenaan didiami keluarga yang mempunyai anak remaja.
"Kami tidak mahu anak remaja kami terpengaruh dengan budaya kuning yang dibawa oleh pekerja asing ini,” katanya.
Kumpulan dipercayai Minah Indon berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu juga, dipercayai datang dari kawasan perumahan berhampiran.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada penduduk di situ yang kebanyakannya bekas tentera, wanita Indonesia terbabit akan datang ke rumah sewa berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada pelanggan.
Bayaran yang dikenakan terhadap perkhidmatan yang diberikan pula, dikatakan sebanyak RM50 bagi satu sesi.
Tinjauan di tempat berkenaan, baru-baru ini, mendapati rumah yang diduduki pekerja buruh itu didapati kosong selepas dikatakan diserbu pihak berkuasa dari Balai Polis Sungai Udang.
Jaafar Omar, 66, berkata Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) taman perumahan itu tidak teragak-agak melaporkan perkara terbabit kepada polis mahupun Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) berlaku kegiatan maksiat.
"Kami tidak teragak-agak melaporkan perkara ini kepada polis dan Jaim supaya bersama membendung kegiatan terkutuk ini, Maksiat yang menular ini perlu dibendung bersama," katanya.
P/s : nak menumpang cari rezeki....takkan nak menumpang "mende" tuh sekali????
This entry was posted on 12:09:00 PM, and is filed under
maksiat,
markas seks,
pelacur warga asing,
warga asing
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.