Kopi Kuat Tenaga Batin Berbahaya
2:18:00 PM
Posted by Lelaki Gemuk
Pastinya sudah ramai yang sering mendengar kemunculan produk-produk berkaitan penjagaan kesihatan dan juga untuk mereka yang sudah berumah tangga..Antara produk yang benar-benar laris ialah seperti produk untuk meningkatkan lagi tenaga bukan sahaja untuk melakukan kerja-kerja berat malah untuk kesejahteraan perhubungan antara suami dan isteri..Namun tidak semua produk-produk ini dapat diperakui keberhasilannya cuma hanya perlu dicuba dan lihat akan hasil yang dicapai..
Tapi adakah kita sedar dikala leka mencari dan mencuba produk-produk seperti ini, terdapat bahan-bahan yang terkandung di dalamnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka yang menggunakannya??
Meskipun media kerap memaparkan kandungan minuman kopi campuran untuk merawat tenaga batin yang mempunyai kimia berbahaya termasuk boleh mengakibatkan kematian, masih ramai lagi yang percaya kehebatan kopi istimewa kononnya boleh mengembalikan kejantanan.
Harian Metro semalam mendedahkan mengenai sejenis kopi istimewa yang dijual RM20 secawan menimbulkan keraguan berikutan ramuan misterinya yang mengandungi racun berbahaya sildenafil.
Produk kopi yang diuar-uarkan mampu mengembalikan kejantanan suami di ranjang disahkan mengandungi campuran kimia itu oleh Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyerbu syarikat pengedar utamanya di Jalan Gombak.
Soal lambakan tak timbul, sebaliknya masyarakat kita yang mudah sangat terpengaruh dengan mitos jahat mengatakan ubat doktor ini semuanya ada kesan buruk, malah malu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Masyarakat kita mempunyai penyakit 'sindrom menafikan'. Dah tahu ada penyakit (sakit tuan) tapi tidak mengaku serta tak pula mahu mendapatkan rawatan daripada yang pakar.
Orang ramai supaya menerima hakikat bahawa kesihatan seseorang lelaki itu tidak hanya bergantung kepada kemampuan seks semata-mata sebaliknya kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya.
"Janganlah mudah terpengaruh untuk menaikkan kemampuan seks, tapi kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya dibiarkan. Ini hanya lebih memudaratkan keadaan bukannya mendatangkan kebaikan," nasihat Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman.
P/s : berhati-hati dalam mencari produk berkaitan kesihatan, rujuk pada mereka yang PAKAR.