kenapa mesti kahwin dekat thailand???
9:29:00 AM
Posted by Lelaki Gemuk
Berita nih semua orang dah taw...melibatkan orang parti politik PAS...tapi ini bukan blog politik..cuma tindakan dia berkahwin dekat thailand tuh...orang yang terpelajar dan kuat dari segi agama...kenapa nak buat macam tu lagi kan....tak pasal-pasal sekarang nih keluar kat surat khabar,internet dan media-media elektronik yang lain...kes cinta terhalang ker???
KOTA BHARU: Bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli
Allani Abd Kadir, bernikah kali kedua dengan isteri keduanya, Ilyani
Mohd Noor di selatan Thailand, seminggu lalu selepas perkahwinan mereka
sebelum ini dikatakan tidak sah.
Sehubungan itu, Dr Rosli Allani mendakwa mereka boleh terus tinggal
bersama kerana arahan mahkamah supaya kedua-duanya tinggal berasingan
merujuk perkahwinannya sebelum ini.
"Perintah mufarakah yang dikeluarkan itu adalah merujuk kepada
perkahwinan sebelum ini (yang berlangsung pada 28 Disember 2008),
sedangkan perkahwinan kami di selatan Thailand pada 22 Disember lalu,
perlu mendapat perintah baru.
"Saya dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan baru ini dan pada
masa sama satu afidavit sudah difailkan peguam saya untuk mengetepikan
kes sebelum ini. Kami sedang menunggu tarikh untuk sebutan kes,”
katanya ketika dihubungi, petang semalam.
"Kami tidak membelakangkan hukum dan kami membuat semua ini berpandukan
kepada nasihat pelbagai pihak yang mahir dalam undang-undang syariah
untuk menyelesaikan polemik ini," katanya.
Kelmarin, Dr Rosli Allani, 35, dan Ilyani, 30, melarikan diri dari
rumah sewa mereka dekat Telipot di sini, selepas hampir 19 jam dikepung
keluarga mentuanya yang menentang perkahwinan pasangan terbabit.
Pada 9 November lalu, bapa Ilyani, Mohd Noor Che Man, 58, mendapat
perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu yang mengarahkan pasangan
itu tinggal berasingan menerusi Perintah Interim Mufarakah.
Dr Rosli Allani yang melepaskan semua jawatannya dalam Pas ekoran isu
berkenaan, menegaskan mereka tidak membelakangkan hukum.
“Kami membuat semua ini berpandukan nasihat pelbagai pihak yang mahir
dalam undang-undang syariah demi menyelesaikan polemik ini," katanya.
Ilyani pula sangat berharap bapanya dapat menerima jodohnya dengan Dr
Rosli Allani dengan hati terbuka.
"Saya merayu supaya kami diberi peluang untuk hidup seperti pasangan
suami isteri lain. Saya masih menyayangi keluarga dan berharap hubungan
kami akan pulih seperti sediakala selepas ketegangan ini berakhir,"
katanya.
"Saya juga meminta masyrakat tidak membuat persepsi negatif atau
memandang serong terhadap kami berdua sebelum mendengar penjelasan
sebenar," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Mohd Noor tetap mahu pasangan itu berpisah sementara
seperti diperintahkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan, Mohamed
Yusof Awang sehingga perbicaraan kes mereka selesai.
"Tidak ada gunanya mereka melarikan diri. Kalau mereka buat begitu,
lagi bermasalah. Bila dia buat begitu, dia pun tidak senang kerana
dikejar undang-undang akibat ingkar perintah interim mahkamah,” katanya.
"Mereka tidak perlu melawan mahkamah dan mengikut prosedur ditetapkan
termasuk membuktikan perkahwinan mereka pada perbicaraan ditetapkan
sebelum ini," katanya.
"Saya yakin mereka tidak pergi jauh. Saya belum mendapat sebarang
perkembangan terkini mengenai mereka. Buat masa ini, kita tidak perlu
tergopoh-gapah kerana sudah mendapat perintah interim mufarakah
daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
"Saya serah perkara itu kepada kebijaksanaan pihak berkuasa untuk
mengambil tindakan," tegas Mohd Noor.
P/s : masalah kes cinta terhalang nih...sikit-sikit jek kahwin kat thailand...
This entry was posted on 9:29:00 AM, and is filed under
harga gula naik,
harga rokok,
harga rokok 2010,
kahwin lari
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.