Amik ko...warga asing???biasanya dari mana selain indonesia???bangladesh...thailand???vietnam???ini bukannya tak suka cuma bila dah jadi gua sebagai seorang lelaki melayu kat malaysia nih pon bengang jugak...dah tak da keje ape nak tunjuk barang lu kat wanita-wanita di malaysia???cis..dan ciss...! dah datang malaysia cari rezeki jaga lah perangai..nak kata islam memang islam...perangai mengalahkan yahudi laknat....!


bacalah statement di bawah...

PUTRAJAYA: Tidak sampai sebulan menginap di rumah sewa Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 di sini, menimbulkan rasa ngeri seorang gadis apabila berdepan insiden diganggu warga asing yang menayangkan kemaluan pada siang hari, kelmarin.

Gadis berusia 22 tahun yang mahu dikenali Siti mendakwa, kejadian itu berlaku ketika dia menuruni tangga untuk membeli makanan berhampiran rumah, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Mangsa berjalan semula menggunakan tangga untuk pulang ke rumah di tingkat enam pangsapuri itu selepas hampir 20 minit ke kedai berhampiran sebelum mendapati seorang lelaki seolah-olah bersembunyi di bawah tangga dengan gelagat mencurigakan.

Walaupun ada beberapa penghuni lain yang berjalan berhampiran tangga itu, tetapi lelaki terbabit tidak menunjukkan kelakuan lucahnya sebelum mangsa yang tidak memikirkan kejadian buruk turut menggunakan laluan sama.

Bagaimanapun, mangsa yang hanya 10 meter dari lelaki terbabit terkejut apabila lelaki dipercayai warga Bangladesh terbabit membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan sambil tersengih kepada mangsa.

Siti berkata, dia berlari naik ke rumah sewa dan menyembunyikan diri di rumah kerana bimbang kejadian yang tidak diingini kerana yakin lelaki terbabit tinggal di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dia hairan lelaki terbabit boleh melakukan perbuatan tidak bermoral itu pada siang hari di kawasan yang agak terbuka dan menjadi laluan penghuni untuk ke kedai berhampiran.

“Saya tidak menyangka lelaki yang berpakaian kemas itu mempunyai perwatakan menjijikkan dan boleh menimbulkan rasa takut di kalangan penghuni wanita di kawasan berkenaan.

“Bukan itu saja, pangsapuri ini menjadi tumpuan warga asing kerana kadar sewa yang agak murah selain mampu tinggal berkumpulan di sesebuah rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Siti yang menjalani latihan amali di sebuah jabatan kerajaan di sini, berkata, kejadian itu yang pertama kali berlaku sepanjang hampir sebulan menginap di kawasan berkenaan.


P/s : sedarlah diri tuh sikit...menumpang dekat negara orang...tak takut dosa ker???