haloooo....Aku Lelaki Gemuk kembali lagi....Kali ini geram,ci***,tak boleh bla....

Situasinye begini...adalah seorang jiran kt kawasan aku nih.[kawasan taman perumahan] buat kenduri kawin...bukan nak mengata atau nak cakap diri orang yg tulis entry nih bagus sangat tapi pasal cara dia berbeza dengan cara orang lain.Taw la anak ko kahwin tapi agak-agak la nak karaoke tuh...Dia mungkin bukan orang jawa mahupun bugis atau banjar...Tapi orang-orang mereka memang "gah" dengan status negeri mereka yang dianggap sentiasa berada dalam jalan yang benar atau lurus,pada pendapat aku dari pemerhatian aku lah.

Dah la kahwin,gi tutup satu jalan kuar,dah la jalan rumah aku nih jalan mati.Majlis hari sabtu,hari jumaat dah pasang khemah siap meja tak bagi orang kuar ape?x pasal-pasal aku kene seberang titi dan dikiri kanan ada longkang besar dan dalam [kalo jatoh kompom malu].Malamnye pula siap berkaraoke sampai ke rumah aku pon bingit dengarnye!mungkin set baru dan terkini kot memang kuat berbanding majlis-majlis kahwin yang ada karaoke kat tempat aku sebelum nih.Dah la surau dekat,malam tuh memang ada buat ceramah...Nasib baik tak kene sound....

Sebelum aku kutuk lebih-lebih,egatlah hidup berjiran nih kene hormat-menghormati,bertanya sekiranya nak buat apa-apa...tak salah kan!