Tibe-tibe jek teringat.Ketika zaman persekolahan bile tengok budak-budak dah mula cuti sekolah.

Aku dulu pon macam tu jugak.Pada awal umor 6-15 tahun memang agak menyeronokkan.UPSR tak lah dapat straight 'A' tapi tak lah sampai boleh dikatekan macam tak belajar langsung.Sebenarnya pencapaian bukanlah satu tahap kita boleh mengukur sesuatu kejayaan tapi tak bermaksud orang tak berjaya bodoh.Cume tahap kecemerlangan dia mungkin di bidang selain daripada pelajaran berbentuk formal.

Lepas UPSR berbekalkan result yang di tahap membanggakan aku masuk sek men biasa/harian.Ramai jugak sebenarnya pelajar-pelajar pandai dekat sek menengah nih..Mase zaman aku tuh orang sibuk cakap pasal Y2K....atau masalah apabila masuk tahun 2000.Banyak kejutan budaya dekat sini sebab lebih ramai pelajar /jumlah pelajar.

Macam-macam ade mase tuh.Geng-geng cina lah..India lah...Melayu lah.Kalo melayu dgn cina memang tak boleh jumpe.Langgar bahu gaduh,langgar siku gaduh.Memang teruk tapi tak sampai melibatkan kematian.Jiwa muda lah katekan.Aku suke amoi cina sebab diorang ada yang baik-baik,belajar pon memang pandai tak kisah nak belajar dengan mana-mana bangsa.

Mase awal-awal Form 1 aku memang gemok tapi berisi.Mane datang istilah tuh bukan dari aku tapi dari jurulatih silat gayong aku.Aku memang minat dengan seni silat dari kecik lagi selepas dilahirkan dan dibesarkan kira-kira berumur 10 tahun.Mula-mula susah jugak sebab gemok kan nak rolling(berguling-guling) kasi kepala masuk bawah pas tuh badan berpusing...tp lame-lame try hard sampai boleh buat.Latihan silat memang agak penat dan meletihkan sangat sebab berlatih di luar kawasan luas atas padang bola.Kalo nak belajar seni serang dan pertahanan memang besh lebih-lebih lagi bila jurulatih yang buat.Ia tak sakit walaupon diseret atas rumput sebab itulah seni.Nampak seperti ganas dan lasak tetapi sebenarnya lebih kepada pergerakan yang terperinci dan bukan untuk mencederakan hanya untuk melemahkan dari segi penglihatan.Setahun masuk silat jek da kurus....tapi itu dulu...

Kisah slps gemuk ketika form 3 dan salah sangka menyebabkan hidup aku susah ketika form 4...akan bersambung