Apelah nak jadi artis sekarang kan???Kene tahan sikit mulalah buat press conference...buat statement nak lepas tangan konon tak bersalah...ini kes pasal kene tahan masa christmas hari tuh melibatkan pelakon awal ashaari, scha al-yahya dan juliana evans...yang scha beri kenyataan dia datang lambat sebab ada shoot sedangkan hari tuh dia free???bohong sunat ke ape tuh??yang awal plak kata tak boleh beri sampel air kencing sebab tak boleh keluar dan siap cakap lagi Pihak polis mintak maaf dengan dia???yang lagi sedih bila pengurus awal nafikan awal ashaari kene tangkap malam tuh,dah terang-terang muka dia walau kene blur still boleh cam lah...


nie plak kenyataan polis :

KUALA LUMPUR: Polis menafikan memohon maaf pada pengacara dan pelakon terkenal Awal Ashaari, berikutan salah faham yang berlaku ketika dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) untuk pemeriksaan air kencing selepas ditahan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, di sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, tindakan membawa artis terbabit ke IPPKL, dilakukan selepas dia gagal untuk memberikan sampel air kencing bagi saringan ujian dadah.

Ketika kejadian Awal mendakwa pergi ke pusat hiburan terbabit atas jemputan untuk sambutan majlis hari jadi rakan artisnya bagaimanapun ditahan dan terpaksa dibawa ke IPPKL untuk ujian air kencing berikutan kegagalannya untuk memberi sampel.

Dalam kenyataan artis terbabit yang disiarkan media, Awal mendakwa, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Superintendan Sharifah Hawariah Syed Idrus, memohon maaf padanya berikutan kesulitan yang terpaksa dilaluinya, selepas ujian air kencing dijalankan menunjukkan dia negatif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang dalam kenyataan akhbarnya semalam bagaimanapun, menafikan pihaknya memohon maaf pada Awal, berikutan tindakan membawanya ke IPKKL untuk melakukan ujian air kencing di sana.

“Pihak polis menafikan Sharifah memohon maaf padanya (Awal), dan perkara itu tidak pernah berlaku sepanjang proses pemeriksaan ujian air kencing yang dijalankan di IKKL,” katanya.

Kang turut menasihatkan media supaya lebih berhati-hati dalam menyiarkan artikel sedemikian berikutan ia boleh mengganggu siasatan polis serta menjejaskan situasi dan reputasi perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.

Pada sidang media khas, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC) Sabtu lalu, Awal, dipetik berkata, dia gagal memberikan sampel air kencing seperti diarahkan berikutan dalam keadaan tertekan selepas petugas media menyedari dia salah seorang pengunjung pusat hiburan terbabit.

“Apa yang sebenarnya, saya sudah cuba tetapi tidak mampu keluar apa-apa, disebabkan keadaan agak tertekan apabila media sudah mula mengetahui saya selebriti. Mereka menjerit nama saya membuatkan saya tertekan hingga gagal memberikan sampel air kencing,” katanya.


P/s : dunia artis penuh dengan penipuan,perancangan yang rapi bila diri kene cekup...sampai bila???