Sudah jatuh di timpa komen sendiri ke??? Kesian bila memikirkan nasib seorang pelajar aswara yang baru-baru ini dihadapkan ke mahkamah apabila dia melontarkan komen berbau ancaman di laman sosial teramai penggunanya..mana lagi kalau bukan facebook....

Agak memeranjatkan kerana beliau mungkin tidak terfikir untuk mempertimbangkan kata-kata yang memang agak berbahaya lantaran lagi selepas kejadian kebakaran di Gereja baru-baru ini..memang kita sebagai umat islam tidak menyokong malah membantah penggunaan kalimah tersebut yang masih dalam proses untuk dipertimbangkan...

Tetapi itu bukan syarat bahawa kita perlu bersifat sebegitu rupa...bawak banyak bersabar jika tidak ia akan memakan diri kita sendiri lebih-lebih lagi apabila komen tersebut di letakkan di dalam laman sosial yang memang terkenal pada tahun ini....diharapkan agar hukuman bagi pelajar itu dapat di ringankan supaya beliau lebih sedar dan insaf pada masa yang akan datang...


P/s : fikir dulu sebelum komen...jaga ikutkan rasa marah, kerana ia tidak bagus...banyakkan beristifar...