yeay...akhirnya ada idea untuk mengupdate blog ini lagi...susah betoi idea nak datang mai...bukan main tulis aje kan..karang takda orang nak komen...sudah...!

nih pendedahan sebenar di luar negara yang di sahihkan oleh pakar yang menyatakan bahawa bau badan cara sesuai mencari pasangan...jadi kalau awek-awek dekat luar sana yang suka pakai perfume yang wangi 10 batu pon leh bau tuh terpaksalah lupekan sebab kerna cari balak yang berbau kerana sesuai dengan mereka???


FLORIDA: Bau badan wanita dan bukan pewangi adalah faktor terbaik memikat lelaki, kata saintis.

Berikutan itu, wanita digesa melupakan saja membeli pewangi mahal sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada bau badan untuk mencari teman, lapor Daily Mail, semalam.

Penyelidik Universiti Florida State mendapati, lelaki lebih terangsang apabila menghidu bau badan wanita ketika kesuburannya di tahap tertinggi.

Sebelum ini, wanita dikatakan tertarik bau badan lelaki mengandungi 'feromon' yang menjadi isyarat memikat wanita.

Kajian terbaru menunjukkan keadaan sama juga bagi lelaki akan terpikat kepada bau badan wanita.

Penyelidik itu ialah Saul Miller dan Jon Maner yang melakukan ujian terhadap 68 sukarelawan lelaki berusia 18 hingga 23 tahun.

Sukarelawan diarah mencium kemeja-T wanita dalam pelbagai peringkat kesuburan dan didapati tahap rangsangan lelaki meningkat apabila menghidu bau badan asli.


P/s : Berkesan ke cara ini???